Monday, February 8

Mengenali Wanita Dari Pandangan Mata


     Mula-mula main mata lama-lama jatuh cinta.boleh caya ke? Dari mata turun ke hati….. Mata juga mengungkap seribu makna….firasat tersirat.Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yang kaya dengan pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.  Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang  pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan  kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan  syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta  perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata  lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini juga boleh disifatkan seorang yang baik.

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Identify When Women Motion


Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:-


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar dia merasakan lebih selesa dan senang untuk berkongsi masalah.

Saturday, February 6

Jangan Main-main Soal Akidah





"satu2nya agama yang aku redhai ialah ISLAM" so kristian is excluded

 Sesungguhnya hidup dan matiku hanya keranaMu
    Meaning of Allah word=n. the Muslim and Arab name of God




ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UNTUK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BANYAK PERKARA. TAPI APABILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA, "SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD. "KENAPA KAMU KATA BEGITU?" TANYA SI LELAKI TADI.
>>>>>>>>>>>>>>>  "CUBA KAMU KELUAR DI TENGAH JALAN ITU DAN TUNJUKKAN PADA SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SANGAT ORANG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK-KANAK YANG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN ALLAH YANG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU".
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORANG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA, "KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?". "KENAPA KAMU KATA MACAM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJA GUNTING RAMBUT KAMU TADI". KATA BARBER. "TIDAK!" KATA SI LELAKI TADI. "KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORANG YANG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU". "AH! BARBER MEMANG WUJUD! LELAKI TU JADI MACAM TU SEBAB DIA TIDAK DATANG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYA!". KATA BARBER. "TEPAT SEKALI!". KATA SI LELAKI TADI. "THAT'S THE POINT!. ALLAH JUGAK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UNTUK MEMOHON PERTOLONGAN-NYA."





Tahukah Anda?



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Mitos Tentang Jodoh



   Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia  saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:

Si Sulung Vs si Sulung  
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung Vs si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok  bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah Vs si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara  satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah Vs si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung Vs si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan  lebih baik dan  serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bongsu Vs si Bongsu
Berhati-hatilah kerana anda  berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal vs anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan  banyak waktu untuk  hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau tidak, semuanya kembali pada diri anda.
Anda Ada Cerita @ Gambar Menarik? emel ke ediman786@gmail.com
Related Posts with Thumbnails
 

Tags

Categories

Download (1)

Site Info

Followers

edimanStyle© Copyright © 2009 Blogger Template Designed by ediman2u Blogger Template