Thursday, April 1

Video terlampau kanak-kanak 4 tahun


JAKARTA: Satu video yang diposkan ke dalam laman web YouTube mengenai seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan empat tahun menghisap rokok sambil bertekad menjadi penjenayah dan beraksi lucah memeranjatkan seluruh rakyat Indonesia.
Akhbar harian The Jakarta Globe melaporkan video pendek itu ditemui di laman YouTube pada akhir minggu lalu, bagaimanapun sudah dikeluarkan pada Rabu lalu kerana didapati melanggar etika.

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun menghisap rokok kretek, menghembus asap rokok dan bersumpah dalam dialek Jawa timur dengan suara galakan dari beberapa orang dewasa yang tertawa dapat didengar berada berhampiran dengannya.

Menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang dewasa di situ, kanak-kanak yang dipanggil sebagai Sandy berkata beliau ingin menjadi pencuri apabila dewasa kelak dan membelanjakan hasil wang curi itu untuk melanggan pelacur.
Sandy juga berkata bahawa kegemaran utamanya di dunia ini ialah bahagian sulit wanita sambil menggelekkan pinggulnya ke depan dan ke belakang apabila disuruh menunjukkan aksi melakukan hubungan seks.

Pegawai perlindungan kanak-kanak memberitahu The Jakarta Globe bahawa video itu adalah satu bentuk penderaan. Kanak-kanak lelaki itu dipercayai berasal dari Malang, sebuah pekan di Jawa timur.
Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-kanak, Seto Mulyadi dipetik sebagai berkata, bahawa tindakan segera mesti diambil untuk merawat kanak-kanak terbabit dari segi mental dan perubatan kerana ia boleh mengganggu tumbesaran beliau.

Polis sudah diarah untuk bertindak segera bagi menyiasat pihak yang mengepos video terbabit.


 
Anda Ada Cerita @ Gambar Menarik? emel ke ediman786@gmail.com
Related Posts with Thumbnails
 

Tags

Categories

Download (1)

Site Info

Followers

edimanStyle© Copyright © 2009 Blogger Template Designed by ediman2u Blogger Template