Saturday, January 2

Bolehkah Sambut Tahun Baru?




Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin Dibawah ini adalah intipati
kuliah beliau yang sempat disalin. .

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- "Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk
yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu."

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang
gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam.

Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk
menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah
mengikuti mereka. Tengok saja di sekeliling kita ...
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya
dengan tuhan mereka
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin
yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos
2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari
setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita
mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah
kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi
sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh
Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa
menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi
mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang
sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang sertasalah dan silap
adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'
berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat...

Memadailah kita menyambut Awal Muharram sahaja dan tak perlu besorak sakan sambil mendengar alunan yang tidak bermoral serta melakukan perbuatan yang menyalahi batasan agama...
Anda Ada Cerita @ Gambar Menarik? emel ke ediman786@gmail.com
Related Posts with Thumbnails
 

Tags

Categories

Download (1)

Site Info

Followers

edimanStyle© Copyright © 2009 Blogger Template Designed by ediman2u Blogger Template