Wednesday, December 30

Wanita Dan Pokok Semalu





Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wahai insan yang bergelar wanita ambilah pengajaran dari cerita ini dan kembalilah pada Tuhanmu(berpegang pada jalan yang lurus)-yang mana rasanya tak reti pakai tudung dan pakai macam pembalut nangka,pakai kasut tubit tinggi yang 100km dah dengar,bakal melahirkan anak tanpa ikatan pernikahan masih mempunyai waktu untuk memperbetulkan keadaan.Agama islam itu sendiri telah meletakkan wanita pada level yang agak tinggi kerana pada zaman jahilliah dirimu hanyalah insan pemuas nafsu serakah lelaki.Wassalam..
Anda Ada Cerita @ Gambar Menarik? emel ke ediman786@gmail.com
Related Posts with Thumbnails
 

Tags

Categories

Download (1)

Site Info

Followers

edimanStyle© Copyright © 2009 Blogger Template Designed by ediman2u Blogger Template